=Terima Kasih sebab FOLLOW blog SueMUNCET=

16 July 2013

=Resipi : Macaroni Cheese Baked=

Minggu lepas aku balik rumah mak aku..so, decide nak buat macaroni cheese baked..nyummm nyummm..
okey..gambar diatas adalah bahan bahan yang diperlukan..

Bahan bahan :
Mozzarela
Daging cincang
Macaroni
Bawang putih 
Bawang besar
Cheese
Cendawan tin (ikut suka nak belah cendawan tu macam mana)
Kimball sos spaghetti (ikut korang nak perisa apa)
Oregano

Cara cara :

1) Rebus macaroni dalam periuk yang dah letak air..biar sampai macaroni tu masak..Potong bawang putih dan bawang besar.. Kasi cincang halus halus.. Daging kisar tu, basuh dan toskan.. letak tepi dulu.. 

2) Tumis bawang putih dan bawang besar sampai masak.. Agak agak dah masak, masukkan daging cincang tadi.. masak masak dan masak.. agak agak korang la yee..

3) Agak agak daging dah masak, masukkan sos spaghetti.. Kacau sampai sebati.. masuk garam gula, pak aji dalam spaghetti tu.. kemudian, masukkan cendawan.. kalau rasa pekat sangat, letak air sikit..kacau lagi sampai korang rasa dah sedap..hikhik..

4) Macaroni yang dah direbus tu, toskan.. biasa jap.. lepas tu, masuk dalam bekas.. make sure bekas yang boleh dimasukkan dalam oven ye puan puan dan tuan tuan sekalian.. ecehh.. 

5) Letak makaroni dalam bekas, kemudian letak sos spaghetti dan barulah letak cheese.. buat layer by layer..atas sekali, letak cheese dan taburkan mozarella..banyak mana ikut suka hati laa..
tadaaaaaaa... siap! sedia untuk dimasukkan dalam oven!

Selamat mencuba!




 Sila LIKE kalau suka..

12 July 2013

=Juadah pilihan berbuka puasa=

okey..nie selera aku bila tibanya bulan puasa..tak boleh nak letak banyak banyak..
kena kawal sikit nafsu makan nie..hikhik.. nanti tak muat baju raya acaner?? haaaaa...

kurma
 nasi kerabu
kuih sampan.. (aku memang dari kecik panggil kuih nie kuih sampan..hihi)
 roti john

murtabak


*masa dok google gambar gambar dekat atas nie, tertelan telan air liur aku..hahahaha! over tau nafsu makan nie..

 
 Sila LIKE kalau suka..

10 July 2013

=Kad raya untuk anda=

Memandangkan dah start puasa, so, sebelum posmen cuti, aku nak bagi korang kad raya nie.. *kemain awal..haha!*

Seperti tahun lepas, tahun nie aku nak bagi kad raya pada sesiapa yang nak kad raya dari aku.. tahun lepas kira banyak jugak la yang email n yang tinggalkan comment nak kad raya..so, tahun nie aku baik hati jugak nak bagi kad raya dekat korang..maybe kad raya tu aku buat sendiri kot..main tepek tepek je..hikhik..


seperti biasa, kena la tinggalkan nama, alamat rumah and url blog dekat comment or email aku

suemuncet@yahoo.com

url blog tu senang untuk aku terjah blog korang..mana la tahu kalau korang dapat kad raya aku dan buat entry ke..hahaha! perasan giler..siapa tah nak buat entry untuk kau kan sue! hikhik..

ITU PUN KALAU ADA YANG NAK KAD RAYA DARI AKU LA KAN! HAHA!





 Sila LIKE kalau suka..

09 July 2013

=Menahan segala nafsu=

Esok bermulalah hari pertama semua umat islam berpuasa.. Puasa kali nie terasa macam zaman study plak sebab first puasa tak bersama family tersayang...biasalah hidup diperantauan..hahaha! SANGAT! Perasaan berdebar debar tu mesti ada setiap kali masuknya Bulan Ramadhan..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!!



Mohon tahan segala nafsu yang ada..hikhik..
 

 Sila LIKE kalau suka..

05 July 2013

=Kalau=



Semoga Tuhan mempermudahkan..aminnnn.. :)





 Sila LIKE kalau suka..